Sunday, November 9, 2014

Separuh Aku


Kamu separuh aku
mengetuk pintu di musim luruh
berpondok usang berlantai batu
berbumbung dedaun kering 
namun masih lagi utuh

kamu separuh aku 
tiada makanan akan ku hidang
tiada minuman akan ku jamu
kerna pondok ini semakin usang
juga hampir lenyap ditumbuhi lalang

kamu separuh aku
kita bina kembali pondok usang ini
kita teguhkan kembali di setiap inci
kita pahatkan mana yang tak bertepi 
kita patrikan nama kau dan aku.. 

#RR



Thursday, November 6, 2014

Siti Nurhaliza - Lelaki (Tribute untuk Tok Guru Nik Aziz)





Telah berdiri seorang lelaki
Hidup berbekal kecekalan diri
Walau menghadapi sejuta cabaran
Terus berpaut pada kebenaran
Berkurun sudah kau merintis jalan
Bertahun sudah hasratmu terhalang
Tetap bersemarak api keazamnya
Bara keramat doa dan harapan
( korus )
Kau melangkah bermula dari lembah
Kau mendaki setangga ke setangga
Semakin hampir menjejaki puncak
Semakin sering kau ditikam onak
Namun kerana kau lelaki
Derita dapat diselindungi
Tangisanmu rahsia dihati
Kesepianlah teman nan sejati
Di dalamnya kau mengenal diri
Tenangnya wajah matangnya bicara
Kerana kau menyakini
Tuhanlah yang maha ESA
Kerana kau menyakini
Tuhanlah yang maha ESA

Sunday, November 2, 2014

Winner

Nov 2014. Bila berkumpul waktu raya, mesti kami sepupu-sepupu sibuk kira cucu atok da berapa ramai. Tapi yang tak berapa nak best bila masuk bab, sapa yang nak bagi atok cicit dulu?hahaha.. sy antara cucu perempuan paling tua mesti plg teruk kena attack. " Ah, ini tidak adillll.. " hahaha. Tapi 6 Sept 2014, terjawab sudah. Dia mendahului peserta lain & penyebab penyakit ini berjangkit kepada sepupu-sepupu yang lain. Dia?Siapa tu? Ni ha, m.cik berbaju hitam, berbunga oren. Wan 'aalia Nazihan dan Mohd Shahril. Tengok baju pengapit, sama tak? penat kembur gobok, semata-mata nak sama ngan pengapit lelaki punye pasal. :P 
On the way ke Dewan. Eh, sian muka ijah, nampak sikit je. Peaceeeee!!


Ada iras-iras tak?haruslah.hehehe. Sepupu merangkap adik susuan k.pah bedah yo!

Posing ala-ala mermaid terdampar di pantai merdeka menunggu dugong xkunjung tiba.

Ha, inilah sepupu-sepupu yang wayer di kepalanya banyak da tputus.

Pengantin yang gojes. Muahh~

Ramai lagi kaum kerabatnye, tapi yang sekupang dua inilah berjaya mengekor pengantin untuk sesi outdoor. Wahh.. Awesome!!  

Memori kita

Santai-santai di Teluk Intan, Perak. Wedding K.ila dan suami. Semoga perkahwinan mereka di berkati & dilimpahkan rahmat. Kesempatan menikmati zaman remaja bersama sahabat yang gila-gila. Credit to Mr.Ridzuan, untuk gambar-gambar yang 'hidup' dan sarat dengan penceritaan tersendiri. 

Waktu ni mendung tp suasana masih cerah. Bila tengok gambar, "waaaaaaa.." semua buat reaksi terkojut kenkonon. Tp xboleh tahan posing bajet Nur Aminah dalam drama Nur Kasih. Kehkehkeh :P 

Satu suami 4 isteri kah? Idok eihh. En.baju purple sporting dan 3 dara jelita. hahaha.jelita la ssssangat. Serius, rindu saat ni. Setiap kali tengok gambar-gambar ni, teringat memori sesat, kisah cendawan, van putih dan, cik tipah dan siputih. Semoga kamu-kamu semua yang pernah terlibat dalam memori ni bahagia & berjaya di dunia jga akhirat. Ameen.

Thursday, January 31, 2013

Mr.Jodoh

Mungkin aku belum cukup matang untuk berbicara soal jodoh. 27tahun bukan umur yang pelik jika sudah mula melayangkan kad jemputan perkahwinan. Namun aku? Aku memilih untuk berdiam diri, menanti Mr.Jodoh datang bertamu, meminta izin wali yang satu. 

Hujung minggu dipenuhi dengan undangan perkahwinan rakan-rakan, baik zaman persekolahan mahupun zaman IPT. Jika ada kesempatan aku gagahkan juga jua kaki dan hati, tetapi lebih banyak yang gagal aku penuhi disebabkan pelbagai kekangan-kekangan yang menerjah, juga lantaran komitmen pada kerjaya dan keluarga.

Memilihkah aku?
Ya..aku memilih, orang kata memilih bertempat,tetapi bukan terlalu memilih. Bayangkan anda mahu membeli kasut, apa yang anda fikirkan? mestilah kasut yang sesuai dengan saiz kaki anda dan boleh tahan lama atau anda hanya memilih yang sedap di mata dan mengambil keputusan untuk terus membeli? Fikirlah, insan yang akan anda pilih hari ini,akan menentukan ahlak dan keperibadian anak-anak anda masa hadapan. Bukankah Ibu-bapa adalah cerminan anak-anak, dan merekalah acuan anda. Haruskah memilih membuta tuli? 

Bersediakah aku?
Hal inilah yang selalu membuat aku ragu pada diri sendiri. Masih banyak hal-hal yang perlu aku "top-up" untuk menjadi isteri yang siddiqin & ibu yang mithali dan itulah perkara yang selalu aku lengah-lengahkan. Kesibukan & waktu yang terbatas buat aku sering lupa hal-hal sebegitu. Belajar memasak, solat 5 waktu diawal waktu, solat-solat sunat.. ahhh!banyak lagi. Ya Allah, terlalu jauh diri ini dari kesempurnaan & kerna itulah juga DIA tahu yang aku belum bersedia memikul tugas yang banyak dalam satu masa. Namun aku perlu berusaha membuat perbahan demi perubahan.

" Cinta bukan keseronokan, kelalaian & khayalan, tetapi menuntut komitmen dan amanah ".. _Ust. Pahrol Mohd Juoi

"Cinta akan datang dan pergi akan turun dan naik. Selepas berkahwin bersiaplah untuk bergaduh & membenci " _Wardina Safiyyah

Agak sinis kenyataan di atas, namun itulah kenyataan yang perlu ditelan. Dari skop peribadi, ada benarnya. Kerana itulah indahnya jika kita menjadi orang yang berilmu, bukan bermakna perlu memanjat menara gading untuk menuntut ilmu, tetapi di dalam lingkungan kerja, kerjaya dalam pergaulan kita, terbentang seluas-luasnya pelbagai pelajaran & pengajaran. Dengan ilmu itulah kita dapat berlayar dengan baik, pokoknya bukan sahaja hidup berkeluarga, malah juga agama dan negara. Bila difikir-fikirkan takut juga untuk memikul tanggungjawab besar ini, tetapi apakan daya itulah nikmat sebenar kehidupan bila keluarga yang dibina berjaya di dunia & akhirat. Semoga kita semua sentiasa mendapat rahmat dariNYA. ameen <3 








Thursday, January 24, 2013

Sederhana yg sempurna


















Sempurna?bukan aku
aku hanya sidungu
penuh kekusutan yg kadang membelenggu
terkadang menjadi sibisu
terkadang juga menjadi kelu
cukup hanya memandang 
memandang kosong sambil berteleku
ah.. bosan menjadi sidungu
dijeling,dikerling tanpa tahu siapa aku


Sempurna
aku cuba mencarimu disetiap penjuru
disetiap hela nafas sepanjang umur yg berlalu
disetiap tirai tabir yang membunuh kekusutan di kalbu
ya..sempurna
tunggu aku
aku tetap memburu
walau tertiarap atas penggembaraan rahsia
rahsia kita berdua
yang penuh duka
yang penuh sengsara

Sempurna
sampaikan salam aku pada siDIA
padaNYA yang cinta dan rinduku teguh bertahta 
walau aku hamba
walau aku pencacai yang hina
aku terlalu terdesak menyemai benih cinta bersamaNYA
aku terlalu mengharap bulan jatuh keriba
aku ikhlas
walau cinta tak berbalas
walau rindu sering membidas

Sempurna,
realitinya kau tak pernah wujud
ah..propaganda hati memberi harapan palsu
membentak jiwa mengidamkan zuhud
aku mengundur bersama kelu
ku temui kesederhanaan
dlm penggembaraan mencari kesempurnaan
ya.. itulah sempurna dalam erti kata sebenar 
tiada sulit, tiada sukar
hanya sederhana..
bukan sempurna..




Monday, December 24, 2012

Diri diuji









Mimpi terhenti sebelum waktunya
saat sibisu menjadi pemerhati kepada yang dicinta
saat duka menari-nari di pentas air mata
ya.. kesedihan bermula, tawa dicipta semata-mata 

Ada harapan di sebalik gerhana
Ada cahaya berlindung di balik senja
Jangan merendah bak gagak dihutan 
untuk menyanjung gagak di kayangan
dimana pegangan?
dimana kekuatan?
dimana keyakinan?

Hampa itu jiwa
Sakit itu cinta
Cukupkan bekalan untuk berumah di tepi pantai